Monday, August 31, 2009

Sneak Preview: Bustop Around The World

Curitia Bus Stop
"Futuristic public transport bus stop in Curitiba, Brazil"



Guarana Antarctica Bus Stop
"Football goal posts were placed in bus shelters around Sao Paulo, Brazil to promote the World Cup."



Strawberry Bus Stop
"Yummy strawberry bus stop from Japan"



Yosemite Falls Bus Stop
"Beatiful Yosemite Falls trail bus stop is perfectly suited for the setting"



Hammock Bus Stop
"Relax while you wait for the bus to arrive"



Air Conditioned Bus Stop
"Fully enclosed bus stop with air conditioning in Dubai"



Casar de Caceres Bus Stop
"This minimalist structure that looks like a single sheet of white concrete was designed by architect Justo García Rubío and located in Casar Caceres, Spain."



Moroccan Style Bus Stop
"No ordinary bus stop decorated by Iris Hynd in Cornwell, England."



Estonian Bus Stop
"Beatiful bus stop design from Estonia"



Watermelon Bus Stop
"Creative watermelon bus stop in Ishaya, Japan."



School Bus Bus Stop
"Unusual school bus bus stop freom Athens, GA."



Swing Bus Stop
"Creative London bus stop by Bruni Taylor gives commuter a chance to have a little bit of playtime while they wait for the bus."



Vitra Bus Stop
"Bus stop designed for the Vitra design"



Sheffield Bus Stop
"Creative bus shelter with grass roof in Sheffield, England."



LED Bus Stop
"Designed as part of the smart mobilities projects, this bus stop was presented in Paris in 2008, Users waiting inside the bus stop could engage via a touch interface while pedestrians waiting outside could interact with a 6ft. Custome LED display."



Wabak H1N1 Diambang Kerakusan

Salam hormat dan salam sejahtera,

Saya harap anda dapat membaca informasi dibawah.
Ianya mungkin berguna dan bermanfaat buat anda.

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita,
Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang amat
membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus kejam ini
tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda, malah tidak tahu yang kaya
atau miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah satu ujian kepada kita.

Dalam hal ini, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga
yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini.
Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana
yang menekan ini. Saya amat bersimpati dan tidak dapat dibayangkan jika ianya
berlaku kepada ahli keluarga kita sendiri. Oleh itu, saya juga telah mengambil
langkah pencegahan yang sepatutnya.

Saya tahu, pada masa ini ramai yang ingin menghulurkan bantuan.
Tetapi, masalahnya vaksin bagi virus masih belum ditemui. Dan ianya
dijangka pada penghujung Oktober ini. Saya harap ramai yang masih mampu
bertahan pada masa ini. Disini juga saya ingin memberikan sebuah laporan
percuma berkaitan informasi virus H1N1 ini kepada anda semua.
Semoga ramai mendapat manfaat dari laporan percuma ini. Inilah yang mampu
saya bantu buat masa ini dengan menyediakan informasi yang diperlukan orang ramai.

Anda boleh dapatkan disini (Ianya 100% PERCUMA):



(hanya perlu masukkan nama dan email, laporan ini akan dihantar terus ke email anda)

Jika anda juga merasakan informasi ini berguna,
sila edarkan kepada rakan-rakan anda.
Cara mengedarkannya ada disertakan dalam email yang akan diterima nanti.

Semoga bermanfaat...!

Bersama kita mencegah H1N1 ini...



Yang ikhlas berkongsi
-Jimie-

Sunday, August 16, 2009

Teknik Jana Keuntungan dari KWSP!!


Salam Semua,

Seperti yang sedia maklum, bagi yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti.

Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam...

2005 - 5.0%
2006 - 5.15%
2007 - 5.8%
2008 - 4.5%

Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan kwsp:

Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik.

"Akaun 1 KWSP"

Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan rendah/risiko rendah).

Jika anda ini tidak sanggup hadapi risiko kerugian (spt modal berkurangan), maka nasihat saya pilihlah dana yang konservatif. Pulangan insya-Allah, boleh dapat hampir setiap tahun kerana kebanyakan pelaburan dibuat kepada pasaran bon.

"Akaun 2 KWSP"

Jika anda mempunyai pinjaman rumah, gunakan Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman rumah anda. Ini kerana, interest pinjaman rumah adalah sekitar 7%-8%, manakala dividen KWSP hanyalah 4.5%. Lebih baik anda kurangkan baki pinjaman, dapat jimat interest 7-8% dan akan memendekkan tempoh pinjaman serta mengurangkan jumlah interest yang perlu ditanggung secara keseluruhan.

Pengeluaran kedua KWSP untuk pinjaman rumah boleh dibuat setiap 3 tahun dari pengeluaran pertama. Hanya terhad untuk rumah pertama sahaja.

Bagi mereka yang mempunyai anak di IPT, gunakan Akaun 2 KWSP anda supaya anda mengurangkan jumlah pinjaman pelajaran yang perlu dibuat. Ada orang yang membuat pinjaman peribadi di bank tertentu untuk pendidikan anak.

Sesuatu yang anda perlu tahu, jika pinjaman peribadi itu dikira secara fixed-interest 7.55% setahun, interest sebenar yang dikenakan BUKAN 7.55%, sebaliknya hampir 13% setahun. Ini kerana kadar interest sebenar dibuat mengikut kadar APR (Annual Percentage Rate). Jadi, daripada menanggung hutang pada kadar 13% setahun, adalah lebih baik anda gunakan simpanan KWSP yang cuma beri 4.25% untuk kos pendidikan anak anda.


Harap tips ini dapat menolong anda ;)


Demi Kejayaan Anda Semua,
-jimie-

sumber dari Mohd Nizam (IM)

Review: Pelaburan Emas lebih Menguntungkan berbanding Pelaburan ASB??


asalmualaikum dan salam sejahtera!

Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

nak tahu lebih lanjut?

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya. Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun. Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!

Bagaimana hendak melabur dengan emas?
Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda. Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda. Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.

Wednesday, August 12, 2009

Konspirasi SELSEMA BABI Terbongkar


Seperti yang telah kami teorikan sebelum ini di dalam dua artikel, kini siaran televisyen Russia Today telah mendedahkan bukti bahawa selsema babi adalah ciptaan pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan ‘panic situation’.


Pada 25 Jun 2009 lepas, Russia Today telah menemuramah seorang penyiasat konspirasi dari Amerika secara langsung berkaitan usaha pihak Amerika membangunkan virus Swine Flu. Menurut maklumat di dalam temuramah itu (lihat video di bawah), penyiasat konspirasi berkenaan mengesyaki bahawa virus tersebut telah dibangunkan dari dua buah universiti di Amerika dan Kanada.

Daripada temuramah di dalam video di bawah, ada dua maklumat yang boleh kita kemukakan. Pertamanya, bukti bahawa Amerika sebagai dalang penciptaan virus selsema babi adalah hampir jelas.

Persoalan kedua, mengapa stesen TV Russia yang beriya-iya mendedahkannya?

Jawapan ini telah pun kami jawab dalam teori kami pada artikel Bahagian 3. Di dalam artikel ke-3 ini telah kami kemukakan bagaimana kerajaan Rusia telah menghidu lebih awal projek-projek senjata biologi Israel yang bakal dibangunkan dan salah satunya adalah virus selsema babi.

sumber dr: ibnuYaacob

Tuesday, August 11, 2009

Malaysia sangat lembab dalam isu menangani WABAK H1N1


Berdasarkan bilangan kes-kes yang semakin meningkat saban hari, tidak termasuk lagi jumlah institusi-institusi yang terlibat dalam proses kuarantin, pemimpin Malaysia masih lagi leka dan seronok membilang jumlah kes yang bertambah setiap hari.

Utusan Meloya dan Berita Hairan tidak ada berita lain yang dipaparkan selain daripada membuat kira-kira bilangan rakyat yang semakin dijangkiti. Kita tidak pasti sehingga angka kematian yang ke berapakah yang boleh menyebabkan kerajaan Malaysia mewajibkan pemakian topeng muka.

Sehingga hari ini, tiada lagi tindakan kerajaan untuk mengambil langkah mewajibkan pemakaian topeng muka seperti di Thailand. Sepatutnya, walaupun terdapat satu kes, tindakan segera hendaklah di ambil.

Iklan berkaitan mengelakkan Swine Flu di televisyen daripada kementerian kesihatan tidak bermaya, lembap dan kurang agresif. Iklan hanya seperti iklan mencegah denggi. Sepatutnya iklan tersebut memaparkan bahawa H1N1 boleh berjangkit melalui udara terutamanya kawasan-kawasan pasaraya.

Kelembapan tindakan kerajaan Malaysia ini mungkin disebabkan tiada anak isteri atau saudara mara menteri-menteri yang dikuarantin atau terkena H1N1. Kami yakin tindakan sepantas kelajuan cahaya akan diambil sekiranya anak bini menteri terkena Swine Flu.

Setiap hari, ada sahaja berita tentang tempat yang dikuarantin tetapi setiap hari juga jabatan-jabatan kerajaan masih menganjurkan pelbagai majlis keramaian termasuklah mesyuarat-mesyuarat rasmi skala besar di hotel-hotel dan golf resort.

Artikel ringkas ini, ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya pelajar-pelajar perubatan agar mendesak pensyarah-pensyarah perubatan mereka mendesak golongan pakar perubatan di Malaysia agar menasihati pemimpin yang lembab.

Setakat ini, kami masih menunggu laporan desakan daripada Persatuan Doktor-Doktor Perubatan Malaysia terhadap kementerian kesihatan. Apakah mereka tidak tahu betapa bahayanya Swine Flu dan vaksin palsu yang bakal ditempah oleh Ismail Merican?

sumber dari : Ibnuyaacob, Abd Aziz Atiqullah & Arman

Kenapa nak kaya SANGAT!!!???


Sumber dari Shuth (usahawan Internet)

Ada orang bertanya.. "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawak ke kubur pun duit banyak-banyak tu!"

Jawapannya.. saya ingin jadi kaya bukan sebab nak bawak duit ke kubur.. tetapi saya ingin tinggalkan semua duit-duit tu supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain.

Kepada isteri-isteri.. untuk digunakan sebagai pemangkin kepada keterusan hidup agar tidak megalami nasib seperti kisah ibu malang. Kepada anak-anak agar wang tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. Kepada ibu & bapa untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak. Untuk bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak menganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.

Sekarang tanya pula kepada diri… "Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"..
Sudahlah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikan kepada keluarga .. malah menyusahkan lagi mereka dengan hutang-hutang anda.. nanti orang kata.. "Sudahlah hidup menyusahkan orang.. dah mati pun nak menyusahkan orang lagi!"

Uhh!.. Kan sadis bunyinya tu…

p/s;- Saya pernah lihat kisah si"anak-anak" bergaduh selepas kematian bapanya…. bukan sebab merebut harta.. tapi sebab "siapa yang nak bayar kos batu nisan bapa mereka".. oh sadisnya!!

Wednesday, August 5, 2009

knowledge sharing!!! (^.^)


Post kali ni jimi nk berkongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 830 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi...Jimi juz amek masa anda sedikit utk kita sesama renung2kan moga sdikit sbnyk dptla ilmu ni kte praktik bersama okeyh!! :-


yang per ..

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and
OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.


5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK
yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita
tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukan lah....Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca renungan ini, kerana....kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh.. kahkahkahkah

OK la..tamat lah renungan..pergi la buat kerja beb!!....heheee

Tuesday, August 4, 2009

PANAASSSSS!!!! Kantoi Surat Cinta !!!!

Ayoyo!!!jimi pun tekezut gak laaa dgn cter ni ...x sangka mende ni boleh berlaku jugak ea...ingatkan tyme skolah je happen cara2 cmni tp da pringkat umur sw camni pun boley jadi gak ea....tp jimi x wiso sbb mende ni x hapen kat jimi tp hapen kat tmtpt len..kat kwn jimi nye tmpt keje (hehe !!)...hurm itu laah yg dinamakan kuasa CINTA ...tidak mengenal tempat dan keadaan, tidak mgenal usia dan sifat, tidak mengenal , tidak mengenal pangkat dan jawatan dan tambah2 sendri laa ek..fuhhhh bepeluh..lom cter lg ni !!!..hehhe...k tanpa membiul kelebaran sisi dan kedalaman isiadu...meh kita zassss pe yang berlaku sebenarnya ......zzzzzzZZZZZZzzzz......


AMARAN : INI ADALAH KISAH BENAR…SILA JANGAN SESEKALI MENCUBA PERBUATAN INI OK???=D

Suatu petang yang hening..
Lokasi yang dikenalpasti: Lokasi : Parking kereta - 2 Menara TM






TERJEMAHAN SURAT DI ATAS:

Hai abang,
Sy dah lama perhatikan abang,
Sy minat dah lama ngan abang,
bleh berkenalan?

Sy tunggu abang kat secret Recipe
sok kol 5.30 pm ea?

Sy pakai tudung belang-belang,
warna hitam putih
Datang tau, sy tunggu

Yang Mengharap

Bunga

30/06/09

...........toink toink!!! kantoizzzz

x sangka lak jimi...fuuh dasat tuh!!!!! hahahaha..so pada yang diluar sana especially yg tgh intern kat menara TM tu...berhati- hati laaa..mgkn anda bakal menjadi mangsa yg sterusnya lak kan..mne laa tau...haha...

p/s: fuhh beshnya dpt ken ngorat ..bkn senang nk dpt tu...hahaha!!!klu anda bagaimana??

Monday, August 3, 2009

We have 3 stupid stages of life ....

Teen age: Have Time + Energy ....but No Money




Working Age: Have Money + Energy …but No Time




Old age: Have Time + Money …but no Energy





p/s: juz for fun laaaa (^.^) ... but sometimes i think it is true..!!!

Konspirasi Kematian Michael Jackson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa Aids, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang teperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyababkan dia membina NEVERLAND, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan bergembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang diperolehi oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press Conference pada tahun 1989 (perghh tyme tu aku berumur setahun..hehehe!!!)

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak seperti sama seperti dahulu lagi, Dituduh berasmara dengan kanak-kanak ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkab MJ melihatnya senagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telat tinggal di Engaland selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam.Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thankx To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan bermacam - macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tesendiri. Dia emmaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30, 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata "Sele[as berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini".. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan Selama Malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia..

Semasa dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-seolah mereka tak tahu siapa MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Kerana keputusannya dikeluarka hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidk diwar-warkan di meja ailah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat2 tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikn seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan suatu kenyataan yang agak pelik.

"Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya".

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-ria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy dikeluarkan?? betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-ria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert nie?? tak gitu??

pe komen anda ...

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk terjemahkan email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Dialihbahasa oleh http://beautifulnara.com

Hai sume ni adalah blog ketiga jimi. Akhirnya....da capai level 3 gak..kat blog ni jimi akan berkongsi segala info yg bercampur aduk laa , x smestinya tertumpu pada sesatu topik je..malah pelbagai topik..

so slamat dtg di ucpkan...nty jimi akn update laaa info yg menarik k...

stay tuned..

yg bajet

jimi