Sunday, September 6, 2009



Salam kesihatan buat anda semua,

Nampaknya hampir 2 minggu sahaja lagi
umat Islam akan menyambut Aidilfitri.
Kita semakin dekat mencapai kejayaan
bagi melawan hawa nafsu di bulan Ramadhan
yang mulia ini. Banyak perkara yang boleh
dijadikan permulaan pada bulan Ramadhan.

Setiap kali Ramadhan menjelma, saya amat
yakin ramai di antara kita, mungkin anda yang sedang membaca petikan ni
sendiri, mungkin suami, bapa, sanak-saudara atau
rakan-rakan yang berazam untuk BERHENTI MEROKOK.

Dan kebanyakan juga GAGAL apabila Syawal menjelma.
Tabiat lama dan wang ringgit masih lagi dileburkan
kearah rokok yang sudah terbukti lebih banyak
keburukan dari kebaikannya. Namun, azam tetap azam
yang tidak akan tercapai jika tidak tahu caranya.

Bagi saya , Ramadhan ini sebenarnya adalah
masa atau DETIK TERBAIK untuk berhenti merokok.
Inilah masanya untuk memulakan langkah pertama.
Apa yang penting, kekalkan nafas baru anda walaupun
selepas berbuka. Setelah seharian mengawal nafsu
untuk merokok, teruskan lagi malam-malam Ramadhan
anda tanpa belenggu rokok... Kekalkan amalan ini
selama-lamanya... Dan anda pasti berjaya!

Anda boleh mengamalkan
tip-tip berhenti merokok dibawah:

* Lengahkan masa sekurang-kurangnya
5 minit sebelum menyalakan rokok

* Minum air masak dan elakkan
minuman berkafein

* Sibukkan diri untuk mengalih
perhatian dan melupakan rokok

* Jauhi diri daripada orang yang merokok

* Elakkan diri dari tempat ramai merokok

* Tarik nafas 3 kali secara perlahan

* Kunyah gula-gula getah dan buah-buahan tapi
elakkan benda-benda manis

* Basuh tangan kerana tangan basah mengelakkan
anda memegang rokok

* Mandi dengan kerap

* Lakukan senaman ringan apabila rasa mengantuk

* Berdoa agar dikuatkan azam dan ditingkatkan usaha


Saya dari mixinfo.blogspot.com berharap anda(kepada yang berkenaan) dapat bermula
pada hari ini juga. Yakin pada diri. Mulakan sekarang.

FAKTA: Setiap individu yang menghisap rokok melampaui
20 batang sehari selama lebih 25 tahun telah membelanjakan
wang tidak kurang dari RM 20,000 bagi menampung keperluan
penagihan rokok mereka sendiri yang nyata membawa keburukan.


Selain daripada tips diatas, anda juga boleh
mendapatkan panduan berbahasa melayu dibawah bagi
membebaskan diri dari menjadi "HAMBA ROKOK".

Klik pada gratis di bawah ni:



Kami amat menyarankan anda mendapatkannya
bagi diri sendiri, kekasih, ayah, saudara, rakan atau
sesiapa sahaja yang masih menghisap rokok. Jadikan
ianya hadiah terbaik buat mereka di Ramadhan ini.

ikhlas,

jimie


P.S - Hidup Sihat Tanpa Rokok!
Jadikan Ramadhan ini sebagai langkah pertama.
Jika tidak mula melangkah, sampai bila-bila
pun anda tidak akan kemana-mana.

P.S - Daripada terus-menerus membeli rokok, lebih baik
melabur untuk panduan ini, Insyallah selepas ini, tidak
perlu lagi membazir wang membeli rokok untuk selama-lamanya.

Dapatkannya disini

0 comments: