Tuesday, August 11, 2009

Kenapa nak kaya SANGAT!!!???


Sumber dari Shuth (usahawan Internet)

Ada orang bertanya.. "Mengapa anda nak jadi kaya sangat? Bukannya boleh bawak ke kubur pun duit banyak-banyak tu!"

Jawapannya.. saya ingin jadi kaya bukan sebab nak bawak duit ke kubur.. tetapi saya ingin tinggalkan semua duit-duit tu supaya ia memberikan manfaat kepada orang lain.

Kepada isteri-isteri.. untuk digunakan sebagai pemangkin kepada keterusan hidup agar tidak megalami nasib seperti kisah ibu malang. Kepada anak-anak agar wang tersebut dapat membantu mereka meneruskan hidup dan mendapatkan pendidikan yang sempurna untuk masa depan mereka. Kepada ibu & bapa untuk mengubat sedikit kesedihan kerana kehilangan seorang anak. Untuk bank & pemiutang-pemiutang yang lain agar tidak menganggu di akhirat kelak kerana menuntut hutang yang tertangguh.

Sekarang tanya pula kepada diri… "Mengapa anda nak mati dalam keadaan miskin?"..
Sudahlah tidak meninggalkan sebarang harta @ kebaikan kepada keluarga .. malah menyusahkan lagi mereka dengan hutang-hutang anda.. nanti orang kata.. "Sudahlah hidup menyusahkan orang.. dah mati pun nak menyusahkan orang lagi!"

Uhh!.. Kan sadis bunyinya tu…

p/s;- Saya pernah lihat kisah si"anak-anak" bergaduh selepas kematian bapanya…. bukan sebab merebut harta.. tapi sebab "siapa yang nak bayar kos batu nisan bapa mereka".. oh sadisnya!!

0 comments: