Wednesday, August 5, 2009

knowledge sharing!!! (^.^)


Post kali ni jimi nk berkongsi apa yang Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata semalam dalam radio Era pukul 830 malam (bunyi lebih kurang macam ni la) :-

"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena '.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

Jadi...Jimi juz amek masa anda sedikit utk kita sesama renung2kan moga sdikit sbnyk dptla ilmu ni kte praktik bersama okeyh!! :-


yang per ..

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab
'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and
OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG
PENG'AJAR'AN.


5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK
yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih
MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita
tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'


Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukan lah....Segera, tapi manusia tetap manusia..sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan..kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..kita draw kat akhirat nanti...tapi kalau kita asyik dengki mendengki..nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Tidak menjadi pelik sekiranya kita merasa 'BIASA' saja selepas membaca renungan ini, kerana....kita sendiri tak tau apa makna ANJAKAN PARADIGMA tuh.. kahkahkahkah

OK la..tamat lah renungan..pergi la buat kerja beb!!....heheee

0 comments: